Wednesday, 23 March 2011


7 Disiplin Mengatasi Masalah Kewangan 

Pelan kewangan keluarga  yang berkesan amat perlu supaya kita tidak menghadapi masalah di kemudian hari atau di saat-saat kita memerlukan kewangan disebabkan sebab-sebab yang tertentu.
Langkah-langkah dalam perancangan kewangan yang berkesan boleh didapati melalui:-

1. Pastikan Kewangan Kita Terurus
Kita akan mendapati urusan kewangan keluarga menjadi lebih mudah jika kita menyusun & menguruskan segala dokumen. Umpamanya, kita harus tahu berapa gaji keluarga pada setiap bulan, apakah perbelanjaan keluarga, bermula daripada yang besar seperti bayaran pinjaman perumahan dan kereta, bil air, elektrik, telefon, orang gaji sehinggalah kepada perbelanjaan sekolah anak-anak. sebagai contoh:
Jadual Perbelanjaan Bulanan:

2. Sediakan Matlamat Kewangan Keluarga.
Langkah yang paling untuk menuju ke arah kestabilan kewangan ialah menentukan kehendak kita. Tentukan apa sebenarnya yang kita perlukan dalam hidup secara individu, pasangan dan keluarga. Kita boleh menghuraikan matlamat kewangan ini mengikut kehendak jangka pendek atau jangka panjang. Walau bagaimanapun matlamat tersebut harus merupakan sesuatu yang dalam jangkauan kita iaitu sesuatu yang termampu kita miliki dalam jangka masa yang telah kita tetapkan.


Sebagai contoh: Matlamat jangka masa pendek, mahukan RM 6000-RM7000 setahun, Anda perlu menyimpan RM 500 setiap bulan (RM 500x12Bulan=RM 6000), Jika anda simpan di ASB (RM 6000x8% setahun=RM480), RM6480. 
Manakala jika anda simpan di  MCIS Invesment Link (RM 6000x20% setahun=RM1200) maka jumlah terkumpul RM7200

3. Sediakan Bajet & Taksiran Aliran Tunai
Sebenarnya pelan kewangan menjadi lebih sukar untuk disediakan jika kita sendiri tidak tahu berapa banyak kita terima setiap bulan dan apakah perbelanjaan kita sebenarnya. Maklumat ini perlu kita sediakan terlebih dahulu, jika kita hendak memastikan sama ada kita terpaksa menambahkan pendapatan kita atau mengurangkan perbelanjaan kita untuk mencapai matlamat kewangan yang telah kita sediakan. Setelah kita dapat menghuraikan segala pendapatan dan perbelanjaan, kita boleh mula menyediakan bajet dan melihat sama ada kita mempunyai lebihan dana yang boleh menyumbangkan kepada matlamat kita.
4. Membahagikan Pendapatan Mengikut Keutamaan
Sebuah keluarga yang bahagia seharusnya membelanjakan pendapatan bulanan mengikut keutamaan supaya ahli keluarga dapat hidup sejahtera dan selesa. Kebiasaannya perbelanjaan bagi keperluan asas seperti makanan, minuman dan pakaian memerlukan 1/3 daripada jumlah pendapatan bulanan keluarga, 1/3 lagi untuk perbelanjaan bayaran bil tempat kediamaan, persekolahan anak-anak, minyak petrol, dan cukai pendapatan manakala  1/3 lagi adalah diperuntukan sebagai tabungan atau pelaburan untuk masa depan.
5. Kurangkan Kebergantungan Dengan Penggunaan Kad Kredit
Pada zaman moden ini memiliki dan menggunakan kad kredit adalah satu kemestian kepada setiap individu yang bekerja. Jika ia digunakan secara berhemah, berhati-hati ianya akan menyenangkan kepada pengguna tetapi sekiranya kita menggunakan kad kredit tanpa kawalan yang ketat ia boleh menjadi satu alat kewangan yang merbahaya dan menyebabkan seseorang pengguna boleh menjadi muflis kerana bank akan menggenakan faedah yang tinggi kepada pengguna.
6. Lakukan Andaian Tentang Masa Depan
Segala perubahan memang sukar dielakkan. Oleh itu, kita bukan sahaja harus sentiasa bersedia tetapi juga merancang untuk menghadapi perubahan. Umpamanya, bagaimana harus menghadapi kesan inflasi, kenaikan harga minyak, kenaikan tambang kenderaan, kenaikan tol, sakit dan sebagainya yang pastinya akan menjejaskan kedudukan kewangan kita.
7. Bentuk Strategi Kewangan
Untuk setiap matlamat kewangan yang telah kita sediakan, kita harus mempunyai strategi bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut. Umpamanya, jika kita bercadang untuk membeli rumah setahun dari sekarang, kita perlu tahu berapa banyakkah yang harus kita sediakan sebagai wang pendahuluan dan apakah sumber yang boleh kita gunakan.

Bajet adalah resepi utama rancang kewangan
Kita sering tertanya-tanya, kenapa kita gagal merancang kewangan?
Jawapannya mudah. Faktor utama kita gagal kerana kita meminggirkan prinsip utama iaitu membuat bajet atau belanjawan
Bajet atau belanjawan adalah resepi utama rancang kewangan. Apabila aspek ini diabaikan, kesudahannya pelbagai perbelanjaan yang tidak perlu atau tidak diketahui berlaku. Akibatnya, kita gagal merancang dari peringkat awal.

Pelan belanjawan atau bajet membantu kita merancang kewangan. Kita boleh mengesan ke mana wang dibelanjakan seterusnya mengurangkan perbelanjaan tidak perlu dan mula merancang simpanan.”
Langkah pertama ialah menentukan jumlah pendapatan harian / mingguan atau bulanan yang diperoleh. Kemudian, senaraikan pelan perbelanjaan termasuk kos tempat tinggal, kenderan, makanan dan pelbagai bil. Ketepikan sejumlah wang untuk tabungan dan kecemasan.
Paling penting, anda perlu menjejaki perbelanjaan anda dengan merekodkan setiap wang yang keluar. Setiap penghujung bulan, bandingkan pelan dan perbelanjaan sebenar. Kaedah ini akan menggalakkan anda berbelanja secara berhemat dan mengelak pembaziran.

Formula menjadi kaya yang terhebat di dunia
Anda patut syak dan berwaspada terhadap sebarang tawaran atau apa sahaja skim untuk menjadi kaya…kecuali formula yang akan saya ceritakan yang amat ringkas dan mudah serta boleh dipraktikkan oleh semua orang. Percayalah formula ini benar-benar berkesan.

Ia berkesan dengan amat baik sekali sehinggakan ia telah digunakan oleh billionaire termasyhur dunia daripada tokoh hebat zaman terdahulu seperti Rockefeller dan Ford hinggaalh taikon hari ini seperti Carlos Slim dan Warren Buffett. Cukuplah setakat ini pembukaan. Jom kita tengok formulanya.
Formula
Ia ringkasnya : FV = PV * (1+r)^n
Di mana
FV = Future Value (nilai masa hadapan)
PV = Present Value (nilai masa sekarang)
r = rate of return (kadar pulangan)
n= time (number of years) – tempoh masa
.







Keajaiban Kompaun
Sekarang, mereka yang pakar dan biasa tentang kewangan akan tahu persamaan ini ‘bukan’ satu misteri tetapi sering dipaparkan sebagaimana “future value of money” (FVM) diajarkan di universiti.
Formula FVM secara ringkas menyatakan bahawa kekayaan masa hadapan (FV) adalah fungsi dengan adanya tiga angkubah: jumlah wang yang dilaburkan hari ini (PV), kadar pulangan yang dijanakan (r) dan tempoh masa di mana wang itu diletakkan untuk bekerja (n).
Jadi, memaksimumkan kekayaan masa hadapan memerlukan tiga langkah.
.
Langkah 1: Tingkatkan PV
Ia memerlukan wang untuk mendapatkan wang. Tetapi dengan secara aktif dan berterusan memperuntukkan sebahagian pendapatan anda setiap bulan untuk pelaburan, anda akan mempunyai lebih banyak lagi dan lagi wang yang boleh bekerja untuk anda.
Jika semua faktor adalajh sama, lebih besar jumlah yang anda laburkan hari ini (PV), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan (FV).
.
Langkah 2: Tingkatkan r
Seterusnya anda perlukan satu jalan untuk mengembangkan modal tersebut.
Sejarahnya, pasaran saham menjadi alat membina kekayaan yang paling efektif sepanjang zaman. Meletakkan wang anda ke dalam dana indeks kos rendah mungkin satu idea yang bijak.
Semua perkara dianggap sama, lebih besar kadar pulangan anda (r), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan.
.
Langkah 3: Tingkatkan n
Ramuan terakhir di dalam resipi membina kekayaan kita yang paling mudah ialah: maksimumkan time(masa) di dalam pasaran.
Lihat balik kepada persamaan tersebut. Anda akan lihat bahawa merupakan fungsi penggandaan. Bermaksud bagi setiap tahun yang anda tidak laburkan, anda melepaskan satu jumlah yang besar (hampir satu magik) kepada faedah kompaun.
Semua perkara dianggap sama, lebih awal anda laburkan (n), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan.
Angkubah terakhir
Jadi jangan bazirkan lebih banyak “n” lagi. Mula masukkan pulangan dan lebihan pendapatan ke dalam persamaan kekayaan kehidupan sebenar anda hari ini.

Memegang pelaburan untuk jangka panjang
Sama seperti bagaimana kura-kura yang berjalan perlahan tetapi berterusan itu mengalahkan arnab dalam perlumbaan, pelabur yang terus fokus kepada matlamat jangka panjang lebih berkemungkinan mencapai pulangan terlaras risiko yang lebih baik daripada pelabur yang mempunyai matlamat jangka pendek.

Pergerakan pasaran jangka pendek tidak dapat diramalkan dan semasa pasaran mengalami naik turun yang teruk, pergerakan tersebut selalunya didorong oleh sentimen pesimisme yang keterlaluan atau keriangan yang tidak lojik. Memandangkan sifat pasaran saham yang meruap, pelabur hendaklah memfokus kepada mengharungi kitaran pasaran dengan menetapkan tempoh pelaburan jangka sederhana hingga panjang sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun.

Selain itu, pelabur lebih mampu menangani kesan kemeruapan pasaran ke atas pelaburan mereka dengan melaburkan sejumlah wang yang tetap pada tempoh waktu yang tetap. Strategi ini dikenali ramai sebagai Pemurataan Kos Ringgit (RCA), yang memastikan anda membeli lebih banyak unit dalam sesuatu pelaburan semasa harganya rendah dan membeli kurang unit semasa harganya tinggi. Akhirnya, pelabur mencapai kos purata yang lebih rendah dan seterusnya akan memberikan pulangan yang lebih tinggi apabila pasaran memulih.
Memahami Unit Amanah Islam
Peningkatan kekayaan pelabur yang berminat untuk melabur dalam produk-produk kewangan Islam dan perkembangan produk-profuk Pasaran Modal Islam akan memperkukuhkan prospek pertumbuhan industri unit amanah Islam dalam jangka panjang.

Di Malaysia, permintaan untuk unit amanah Islam nyata semakin meningkat. Daripada hanya dua buah dana Islam pada tahun 1993, bilangan dana-dana Islam dalam industri unit amanah swasta di Malaysia telah bertambah kepada 146 buah pada hari ini. Setakat 30 Jun 2010, sektor dana Islam mempunyai nilai aset bersih (NAB) sebanyak RM26.37 bilion, iaitu kira-kira 31 peratus daripada industri unit amanah swasta di Malaysia.

Ciri-ciri Unit Amanah Islam

Ciri utama yang membezakan pengurusan dana Islam daripada pelaburan konvensional ialah pematuhannya kepada undang-undang Syariah. Dana-dana Islam mesti mematuhi aktiviti ekonomi yang patuh Syariah dan melabur hanya dalam syarikat-syarikat yang memenuhi kehendak Syariah. 

Di samping itu, dana-dana Islam tidak boleh melabur dalam bank-bank konvensional yang menawarkan produk dengan kadar faedah tetap tetapi boleh melabur dalam sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam. 
Dana-dana Islam juga mesti menghindari daripada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam produk-produk yang dilarang oleh undang-undang Islam seperti arak, tembakau, daging khinzir, perjudian dan pornografi.


Setelah menyingkirkan syarikat-syarikat dengan aktiviti perniagaan utama yang tidak mematuhi keperluan Syariah, penyaring kuantitatif, dalam bentuk nisbah kewangan, digunakan untuk memastikan syarikat patuh Syariah menjanakan pendapatannya dengan sumber kewangan yang mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan. 

Selain itu, dana Islam hanya boleh bergiat dalam pengumpilan melalui penggunaan instrumen kewangan Islam dan tidak boleh mendapatkan atau menyediakan pinjaman konvensional mahupun melabur dalam produk-produk berfaedah konvensional, termasuk sekuriti hutang konvensional. 
Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan dalam produk pelaburan jangka pendek patuh Syariah, misalnya instrumen pasaran wang.

Daya Tahan Dana Islam

Oleh yang demikian, dana Islam didapati lebih berdaya tahan daripada unit amanah konvensional kerana pulangannya lazimnya kurang meruap. Sementara itu, melabur menurut “etika” ini juga menawarkan kelebihan lain.
Sebagai contohnya, dana Islam tidak begitu terjejas oleh skandal yang melanda syarikat-syarikat seperti Enron dan WorldCom beberapa tahun dahulu kerana kunci kira-kira syarikat tersebut yang amat berkeumpilan menghindari dana-dana Islam daripada melabur dalamnya.
Tambahan pula, penyaring kuantitatif menambahkan lagi sifat berdaya tahan dana Islam kerana jika kadar faedah naik 1 Lipper, 9 Julai 2010 dalam suasana inflasi yang semakin meningkat, pelaburan dalam syarikat-syarikat yang tidak berkeumpilan dijangka akan mencatatkan prestasi yang cemerlang.



Majlis Penasihat Syariah

Bagi melindungi kepentingan pelabur, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah (SACSC) untuk mengawal selia dana-dana Islam di Malaysia. SACSC bertanggungjawab melayani pertanyaan dan cadangan-cadangan yang berkaitan dengan bidang ini serta membuat pengumuman untuk menggalakkan inovasi dalam industri ini.

Selain itu, SC juga membenarkan pendaftaran penasihat tempatan dan asing bagi dana unit amanah dan sekuriti Islam demi memastikan pengurus-pengurus dana dapat memanfaatkan kepakaran Syariah mereka.  
Di samping memastikan operasi dan pelaburan dana mematuhi keperluan Syariah, penasihat Syariah juga berjumpa dengan pengurus dana sekali-sekala untuk menjawab pertanyaan dan memberikan nasihat.
Bagaimana memulakan pelaburan unit trust melalui KWSP
1) Semak Jumlah Kelayakan berdasarkan jadual di bawah:
2) Cara mengira Jumlah Pelaburan
Katakan anda berumur 28 tahun, berdasarkan jadual simpanan asas adalah RM 14,000.
Katakan akaun 1 anda berjumlah RM 30,000. Jadi jumlah pelaburan dibenarkan :
  • Jumlah pelaburan = (jumlah akaun 1 – Jumlah simpanan asas) x 20%
= (RM 30000 – RM 14000) x 0.2
= RM 3200 <— Jumlah yang boleh dilaburkan kali pertama
Kekerapan pengeluaran adalah 3 bulan sekali. 

Jadi, selepas 3 bulan anda boleh menambah lagi, berikut adalah selepas 3 bulan:
Katakan setiap bulan akaun 1 bertambah RM 500. Jadi, baki akaun 1 anda adalah
Akaun 1 = RM 30,000 – RM 3,200 + (RM 500 x 3)
= RM 26,800 + RM 1,500  =rm28,300
Jumlah boleh dilaburkan = (RM 28,300 – RM 14,000) x 0.2
= RM2,860  <—- Jumlah yang boleh dilabur buat kali kedua
.
3) Jumlah Pulangan
Katakan setiap tahun, anda boleh melabur RM10,000 setahun. Berikut adalah jadual pulangan.
Bagi teknik yang betul, biasanya pulangan adalah melebihi 15%.
Terdapat 2 pulangan yang boleh diraih oleh pelabur unit trust:
a) Kenaikan NAV
b) Distribution (dividen)
Anda hanya perlu mencari agent yang betul-betul boleh bantu dalam memaksimumkan pulangan seperti di atas.


Insurans Dan Cukai




1) Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 terdapat peruntukan bahawa setiap mereka yang telah membayar Insurans boleh dikecualikan atau mendapat pelepasan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan.
Untuk mendapatkan pengecualian tersebut, perkara yang perlu dibuktikan ialah :
i) Pembayaran dibuktikan dengan resit.

2) Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan 2000) sekiranya seseorang individu telah membayar Insurans pada tahun 2000, maka pelepasan cukai akan diberikan pada tahun yang sama.
Terdapat dua kaedah untuk mendapat pelepasan cukai iaitu :-
i) SITUASI BAGI YANG MEMBAYAR INSURANS SECARA TUNAI
Ahmad telah membayar Insurans sebanyak RM 2,500 secara tunai pada bulan Januari tahun 2000. Ahmad kemudian menyerahkan resit Insurans tersebut serta merta ke pejabat LHDN. Pihak LHDN akan membuat arahan bertulis kepada majikan untuk mengurangkan atau melepaskan cukai Ahmad untuk tahun 2000.
Contoh 1
RM
Cukai dikenakan bagi tahun taksiran 2000
3,000
Insurans yang telah dibayar dalam tahun 2000
(-)2,500

------------
Baki kepada LHDN
500

------------

Contoh 2
RM
Cukai dikenakan bagi tahun taksiran 2000
2,500
Insurans yang telah dibayar dalam tahun 2000
(-)2,500

------------
Baki kepada LHDN    
0

-----------
* resit Insurans yang telah dibayar hendaklah diserahkan kepada LHDN dengan segera (serta- merta).
ii) SITUASI BAGI YANG MEMBAYAR INSURANS SECARA POTONGAN GAJI (BULANAN)
Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan 2000) bagi yang membayar Insurans melalui potongan gaji akan dapat mengurangkan atau menghentikan bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) secara serta merta.
SUMBER PENOLAKAN BERDASARKAN KAEDAH B
Contoh :
a) Bulan Jun 2000
Insurans : RM 55
---------------
PCB : RM 95
Anda akan hanya dikenakan PCB sebanyak RM 40.00 (RM 95 - RM 55)

Contoh :
a) Bulan Feb 2000
Insurans : RM 55
---------------
PCB : RM 50

Anda tidak dikenakan PCB kerana telah membayar Insurans melebihi jumlah PCB.
*Majikan hendaklah menghentikan atau mengurangkan bayaran PCB pekerja berdasarkan jumlah Insurans yang telah dibayar



Strategi ni mestila bermula dari hari ini hingga 31 Disember 2010. Bukannya baru nak buat strategi masa nak isi Borang Nyata Cukai Pendapatan 2010 pada 30 April 2011 nanti. Masa tu kalau baru nak atur strategi dah terlambat lah. Biasanya strategi yang diguna masa isi borang tu adalah tuntut semua pelepasan yang ada. Selagi kena cukai selagi tu la di adjust pelepasan yang ada nak kasi tak kena cukai tanpa ada resit-resit dan pengesahan yang asal.

Akibatnya bila LHDN buat auditan, bila diminta resit-resit asal tu semua tiada. jadi semua pelepasan yang dituntut tu terpaksalah ditarik balik. Maka keluarlah Notis JA iaitu Notis Pemberitahuan Cukai Tambahan kena dibayar. Kan ke rugi disitu.
Kena bayar dalam tempoh 30 hari pulak tu kalau tidak kena kenaikan dibawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan. Jadi anda janganlah mengikut strategi yang merugikan ini.